Kelas Asas Komputer, Internet & Klik Dengan Bijak (KDB)
17 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Komputer, Internet dan Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Januari 2016, dan ia merupakan kerjasama antara PI Krokong dan PI Sibuluh. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta mengenai perkakasan komputer dan fungsinya serta perisian yang digunakan untuk melayari laman web. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta menggunakan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab melalui taklimat KDB yang disampaikan.
Kelas yang berlansung di Bilik Latihan PI Sibuluh selama 2 jam bermula dari 2 petang ini telah dihadiri oleh seramai 19 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: